Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X9, Honor X7 dan MagicBook 16 kini ditawarkan di Malaysia


Selepas pelancaran HONOR X9 5G dan X8 baru-baru ini, Honor Malaysia kini telah mengumumkan bahawa HONOR X9 dan HONOR X7 telah mula ditawarkan untuk pembelian mulai hari ini.


HONOR X9 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black pada harga mampu milik RM1,099 manakala HONOR X7 pula ditawarkan didalam dua warna iaitu Titanium Silver dan Ocean Blue pada harga RM 699 sahaja.

Honor X9 dan Honor X7 juga ditawarkan dengan jaminan tambahan 1 tahun bernilai RM109 secara percuma.

 Selain itu, HONOR X7 juga boleh didapati pada harga serendah RM1 dengan melanggani pelan Pascabayar Maxis 98.

Dalam pada itu, turut mula ditawarkan di Malaysia adalah komputer riba HONOR MagicBook 16 yang boleh didapati pada versi 16GB + 512 GB dengan warna Space Grey.

Lebih menarik, HONOR MagicBook 16 juga boleh didapati serendah RM5.88 sehari dengan pelan bayaran ansuran 24 bulan dan 0% faedah serta hadiah percuma bernilai sehingga RM936 termasuk Microsoft Office Personal 360, tetikus tanpa wayar, beg galas komputer riba dan penjagaan bateri selama 1 tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi HONOR https://bit.ly/HONORXpr dan Facebook HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.