Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Q5 Series akan dilancarkan pada 20 April ini – tawar pengecasan 80W SuperDart

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme Q5 Series akan dilancarkan pada 20 April ini di China.

Spesifikasi pertama telefon pintar ini yang disahkan secara rasmi oleh realme adalah sokongan pengecasan pantas 80W SuperDart.

Selain itu, realme juga tidak mendedahkan jumlah model yang akan dilancarkan dalam realme Q5 Series namun adalah selamat untuk kami katakan bahawa realme Q5 dan realme Q5 Pro adalah model tersebut.

Dalam pada itu, realme Q5 Series juga dijangka akan menggunakan skrin paparan AMOLED dengan lubang punch-hole.

realme dijangka akan mendedahkan spesifikasi realme Q5 Series sedikit demi sedikit di akaun Weibo syarikat ini.

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.