OPPO Find X10 Series Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 22 Oktober – Pra Tempahan dibuka

OPPO secara rasminya mengumumkan bahawa siri telefon pintar flagship terbaharunya, OPPO Find X10 Series, akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Oktober ini.
Membawakan konsep “Hasselblad True-to-Life Camera”, siri ini menggabungkan perkakasan kamera berprestasi tinggi dengan enjin pemprosesan imej terbaharu, LUMO True Image Engine, bagi menghasilkan gambar dengan perincian, warna dan tona yang lebih semula jadi.
Dari segi reka bentuk, OPPO Find X10 Series menampilkan bahasa reka bentuk minimalis dengan kemasan premium. Reka bentuk Borderless Design terbaharu menggunakan kaca One-Piece Sculpted Glass yang bersambung dengan modul kamera untuk memberikan penampilan lebih kemas.
OPPO Find X10 akan ditawarkan dalam pilihan warna Glacier Blue, Glow Coral dan Mist Grey. Sementara itu, Find X10 Pro Max hadir dalam warna Titanium Grey dan Luna White. Varian Luna White turut menampilkan kemasan logam matte pada modul kamera dengan elemen reka bentuk yang diinspirasikan daripada kamera klasik.
Salah satu ciri utama siri ini ialah sistem kameranya. OPPO Find X10 dilengkapi sistem dwi-kamera 200MP yang dibangunkan bersama Hasselblad, manakala Find X10 Pro Max menggunakan sistem tiga kamera 200MP yang merangkumi kamera ultra lebar, utama dan telefoto.
Kedua-dua model turut memanfaatkan LUMO True Image Engine yang menggabungkan teknologi pemprosesan imej OPPO dengan Master Mode dan maklumat warna daripada True Color Camera. Gabungan ini bertujuan menghasilkan warna yang tepat, tona kulit semula jadi dan perincian imej yang lebih realistik.
Untuk rakaman video, Find X10 Pro Max menyokong rakaman 4K pada 120fps dan 8K pada 30fps menggunakan ketiga-tiga kamera belakang. Find X10 pula menawarkan keupayaan yang sama melalui kedua-dua kamera 200MP.
Selain itu, siri ini turut memperkenalkan ciri Open Gate Capture yang menggunakan keseluruhan kawasan sensor untuk merakam lebih banyak kandungan. Ia membolehkan pengguna memotong dan mengubah bingkai video kepada format landskap atau potret dengan lebih fleksibel ketika proses penyuntingan.
Dari segi prestasi, OPPO Find X10 dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9600M, manakala Find X10 Pro Max menjadi antara telefon pintar terawal yang menggunakan cip MediaTek Dimensity 9600 Pro berasaskan proses 2nm.
Kedua-dua model turut dilengkapi bateri silikon-karbon OPPO berkapasiti 8,000mAh yang didakwa mampu bertahan sehingga dua hari bagi penggunaan biasa dengan sekali pengecasan. OPPO juga menyatakan bateri tersebut direka untuk mengekalkan lebih 80% kapasiti asal selepas lima tahun penggunaan biasa.
Bagaimanapun, kapasiti bateri mungkin berbeza mengikut pasaran. OPPO mengesahkan bahawa kedua-dua model akan menggunakan bateri 7,150mAh di pasaran terpilih.
Dalam pada itu, Find X10 Series ini turut menjalankan ColorOS 17 yang membawakan Living Flow Design dengan paparan dan interaksi lebih lancar. Ciri AI Mind Pilot dengan Agent Mode pula mengintegrasikan kecerdasan buatan dengan fail serta foto dalam telefon bagi membantu pengguna menyelesaikan tugasan kompleks melalui satu arahan.
Pra-tempahan dibuka dengan ganjaran sehingga RM4,771
Pra-tempahan OPPO Find X10 Series di Malaysia kini dibuka sehingga 29 Oktober. Pelanggan berpeluang menikmati ganjaran pelancaran bernilai sehingga RM4,771, termasuk hadiah percuma eksklusif dan rebat tukar beli tambahan sehingga RM800.
Pilihan pembayaran ansuran melalui SPayLater dan kad kredit terpilih turut disediakan. Pembeli juga boleh menikmati tawaran Purchase-with-Purchase (PWP) untuk pelan perlindungan OPPO Care, baucar melalui aplikasi My OPPO serta keistimewaan Masterclass.
Maklumat penuh mengenai spesifikasi, harga rasmi dan ketersediaan OPPO Find X10 Series di Malaysia akan diumumkan pada acara pelancaran tempatan pada 22 Oktober ini.
Untuk maklumat lanjut dan pra-tempahan, layari laman web rasmi OPPO Malaysia




