Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic Series akan dilancarkan di MWC Barcelona bulan hadapan


Mobile World Congress 2022 akan berlangsung di Barcelona pada 28 Februari hingga 3 Mac ini dan Honor secara rasminya telah mengesahkan ianya akan menyertai sidang elektronik ini secara fizikal.

Honor akan menggunakan pentas MWC ini untuk mengadakan majlis pelancaran global Honor Magic yang baru pada 28 Februari 2022.

Dengan slogan “The Power of Magic”, Honor dilihat bakal melancarkan telefon pintar Magic yang baharu namun terdapat juga kemungkinan syarikat ini memperkenalkan Honor Magic V untuk pasaran global.

Pandangan Pertama Honor Magic V – Telefon Pintar Foldable pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1

Lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar Honor ini dijangka akan didedahkan dari semasa ke semasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.