Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pek Prabayar Hotlink Pantas kini ditawarkan- 20GB Internet pada harga RM 30 sahaja dan sah setahun

Pek Prabayar Hotlink Pantas kini ditawarkan- 20GB Internet pada harga RM 30 sahaja dan sah setahun 9
Hotlink secara rasminya telah memperkenalkan pelan prabayar Hotlink Pantas yang tampil internet berkelajuan tinggi dengan tempoh sah internet sehingga 1 tahun.

Pelan Hotlink Pantas ini menawarkan pas internet mudah alih yang berpatutan untuk semua aplikasi dengan tempoh sah yang lebih lama.

Tempoh sah sepanjang tahun juga menjimatkan pelanggan memandangkan mereka tidak perlu risau untuk membeli pas harian, mingguan atau bulanan lagi. Dengan pelbagai pilihan pas internet, pelanggan dapat menikmati fleksibiliti serta mengawal pengunaan dan perbelanjaan internet bersama rangkaian terbaik.
Pek Prabayar Hotlink Pantas kini ditawarkan- 20GB Internet pada harga RM 30 sahaja dan sah setahun 10

Anda boleh mendapatkan pas Internet Hotlink Pantas ini didalam 5 kapasiti kuota internet iaitu 20GB pada harga RM 30, 8GB pada harga RM 15, 5GB pada harga RM 10, 2GB pada harga RM 4 dan 1GB pada harga RM 2. ( cas panggilan adalah 15 sen setiap 30 saat dan 15 sen setiap SMS untuk semua rangkaian)

Walaupun pas Internet ini mempunyai tempoh sah selama setahun, anda masih perlu melakukan tambah nilai sekurang-kurangnya RM 10 untuk menerima 30 hari aktif.

Pek Prabayar Hotlink Pantas kini ditawarkan- 20GB Internet pada harga RM 30 sahaja dan sah setahun 11

Walaubagaimanapun jika anda tidak berminat untuk melakukan tambah nilai secara berkala, anda boleh membeli pas aktif SIM untuk 365 hari pada harga RM 30.

Pek Prabayar Hotlink Pantas kini ditawarkan- 20GB Internet pada harga RM 30 sahaja dan sah setahun 12

Bagi pelanggan baharu, anda boleh mendapatkan pek permulaan Hotlink Pantas ini pada harga RM 10 ( kredit RM 5 dan 5 hari tempoh aktif) atau pakej bundel khas bernilai RM 25 yang mempunyai kredit bernilai RM 2, 10GB Internet yang sah untuk 365 hari dan 60 hari tempoh aktif.

Dapatkan pek bundel Internet Pantas di stor atas talian Hotlink.

Maklumat lanjut di Hotlink

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.