Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 3 kini ditawarkan di Malaysia – RM 688

Xiaomi Redmi 3 kini ditawarkan di Malaysia - RM 688 1

xiaomi-redmi-3-malaysia-satugadget-1

Telefon Xiaomi Redmi 3 yang dilancarkan pada 11 Januari lalu kini telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia melalui SatuGadget.

Xiaomi Redmi 3 juga hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snadpdragon 616, GPU Adreno 405 , 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Xiaomi Redmi 3 ini memiliki bateri berkapasiti 4100mAh yang memberikan jangka hayat bateri hampir 80% lebih lama berbanding Redmi 2. Selain itu, bateri ini juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 5V/2A.

Bercakap mengenai kamera pula, Xiaomi Redmi 3 akan hadir dengan kamera utama 13MP yang turut mempunyai sokongan pemfokusan pantas PDAF yang mampu melakukan pemfokusan didalam masa 0.1 saat. Kamera 13MP ini mempunyai aperture f/2.0. bercakap mengenai kamera hadapan pula, ianya hadir dengan kamera 5MP dengan aperture f/2.2.

Beralih kepada ciri-ciri lain yang dimiliki telefon pintar ini, ianya memiliki ukuran kenipisan 8.5mm dengan berat 144gram, MIUI 7, Wi-Fi 802.11 b / g / n dan menyokong WiFi 2.4GHz , Bluetooth 4.1 , Bluetooth HID.

Xiaomi Redmi 3 akan ditawarkan didalam 2 warna iaitu warna kelabu dan emas dengan harga penjualan RM 688 termasuk GST. Harga penjualan ini adalah dilihat terlalu tinggi memandangkan harga penjualan model ini di China adalah CNY 699 iaitu sekitar RM 440.

Disebabkan ianya adalah set import dari China, Redmi 3 ini hadir dengan jaminan waranti dua tahun dari Satu Gadget. anda boleh membeli Xiaomi Redmi 3 melalui SatuGadget di SINI

xiaomi-redmi-3-official xiaomi redmi 3 official-1 redmi microSIM xiaomi redmi 3 gold back

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.