Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus X kini diboleh dibeli tanpa sebarang kod jemputan selamanya

oneplus x invite free malaysia

Telefon pintar terbaru daripada OnePlus iaitu OnePlus X kini ditawarkan tanpa sebarang jemputan.

Syarikat ini telah mengumumkan bahawa OnePlus X yang ditawarkan didalam dua pilihan warna kini boleh dibeli tanpa sebarang mekanisma jemputan pada bila-bila masa sahaja.

Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh OnePlus X, OnePlus X hadir dengan skrin paparan AMOLED HD Penuh 5.0-inci, pemproses Snapdragon 801, 3GB RAM dan 16GB memori dan buat pertama kali dalam telefon pintar OnePlus, slot microSD disertakan dengan sokongan sehingga 128GB, bateri berkapasiti 2,525 mAh.

Selain itu, OnePlus X juga akan hadir dengan sokongan dwi-SIM, kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP dan hadir dengan slot USB biasa dan bukanya USB Type-C seperti pada OnePlus Two

Selain itu, OnePlus X juga kehilangan butang home sekaligus kehilangan sensor pengesan capjari. dari segi perisian pula, OnePlus X hadir dengan sistem operasi Android 5.5.1 yang dengan OxygenOS.

Bagi kita, OnePlus X memang ditawarkan tanpa sebarang jemputan ini melalui pembelian di Lazada Malaysia dengan jaminan satu tahun waranti dari Brightstar Malaysia selain penghantaran didalam masa satu minggu.

OnePlus X yang ditawarkan di Malaysia adalah warna hitam dan dengan harga penjualan RM 1,288 dan jika anda melakukan pembelian melalui aplikasi Lazada di telefon pintar anda boleh menggunakan kod Monyet100 yang memberikan anda diskaun tambahan RM 100.

Anda boleh membeli OnePlus X melalui Lazada di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.