Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

S6 dan S6 Edge kini menerima kemaskini Android Marshmallow

Samsung-Galaxy-S6.-6.0-beta036

Telefon pintar generasi keenam siri Galaxy S iaitu Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge kini dilaporkan sudah mula menerima kemaskini terkini sistem operasi Android iaitu Android Marshmallow versi 6.0.1.

Kemaskini bagi kedua-dua model Samsung Galaxy S6 ini kini ditawarkan bagi pengguna di Korea Selatan dan versi akhir kepada pengguna ini telah hadir selepas satu ujian beta sistem operasi ini dilakukan dengan pengguna telefon pintar S6 dan S6 Edge di Korea ditawarkan peluang untuk menyertai ujian beta ini.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh SamMobile pada bulan Disember yang lalu, kemaskini Android 6.0.1 Marshmallow ini hadir dengan sedikit perubahan UI seperti menu notfikasi yang baru, menu kuasa dan penawaran pengunaan sensor capjari untuk aplikasi pihak ketiga.

Kemaskini terbaru ini dijangka akan turut ditawarkan kepada pengguna Samsung Galaxy S6 dan Galaxy S6 Edge di pasaran lain termasuk di Malaysia.

Walaupun S6 dan S6 Edge telah mula menerima kemaskini Android Marshmallow ini, tiada sebarang berita akan bila S6 Edge+ akan menerima kemaskini ini.

baca Pelan Kemaskini Android Marshmallow Samsung

Pengguna S6 dan S6 Edge di pasaran Malaysia, anda boleh menyemak samada anda sudah menerima kemaskini ini ataupun tidak di bahagian tetapan.

Sebelum melakukan kemaskini ini pastikan peranti anda mempunyai cas bateri melebihi 50% dan lakukan ‘backup’ segala maklumat dan data anda.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.