Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888 1

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888 2Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship didalam Xiaomi T Series iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro yang hadir ke pasaran dengan harga yang lebih berpatutan.

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888 3

Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro hadir dengan reka bentuk yang sangat elegan yang nipis dan lebih ringan berbanding generasi sebelum ini. Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Meteorid Gray, Moonlight White dan Celestial Blue.

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888 4

Terus kepada spesifikasi, Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T hadir dengan skrin paparan flat AMOLED 120Hz berukuran 6.67-inci yang mempunyai adaptive sync dan panel skrin ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888 5

Selain itu, Xiaomi 11T Pro hadir dengan pemproses kelas flagship Snapdragon 888 manakala Xiaomi 11T pula hadir dengan cip pemprosesan Mediatek Dimensity 1200 – Ultra yang juga tidak kurang hebatnya

Xiaomi 11T Series dilihat sebagai telefon pintar yang memfokuskan kepada rakaman video sinematik yang lebih mudah dan ianya juga menyokong rakaman video telemakro.

Bercakap mengenai bahagian kamera yang merupakan aspek penting untuk menjayakan perkara ini, Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro hadir dengan sensor utama 108MP, sensor ultrawide 120°  dan sensor telemakro. Xiaomi 11T Pro juga hadir dengan rakaman video 8K dan HDR10+.

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888 6

Beralih kepada bateri, Xiaomi 11T Pro hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas Xiaomi HyperCharge 120W yang mampu mengecas penuh bateri telefon pintar ini didalam masa 17 minit sahaja dan adapter pengecasan 120W akan disertakan didalam kotak. Xiaomi 11T juga memiliki bateri yang sama namun dengan pengecasan pantas Xiaomi Turbo Charging 67W yang menawarkan pengecasan 0-100% didalam masa 36 minit.

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888 7

Akhir sekali , Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, 2 tahun waranti dan 6 bulan pelan gantian skrin secara percuma (satu kali gantian sahaja) dan sokongan dual 5G.

Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T kini rasmi dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, Pengecasan HyperCharge 120W dan Snapdragon 888 8

Berikut adalah harga Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T :

Xiaomi 11T 8/128GB – €499 (RM 2,451)

Xiaomi 11T 8/256GB – €549 (RM 2,697)

Xiaomi 11T Pro 8/128GB – €649 (RM 3,188)

Xiaomi 11T Pro 8/256GB – €699 (RM 3,286)

Xiaomi 11T Pro 12/256GB – €749 (RM 3,679)

Buat masa ini harga bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan namun ianya dijangka lebih murah dari harga di pasaran Eropah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.