Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Band 2 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 139 sahaja

realme Band 2 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 139 sahaja 7
realme secara rasminya telah melancarkan realme Band 2 ke pasaran Malaysia sebagai pasaran global pertama untuk menerima jam kecergasan ini.

realme Band 2 hadir dengan skrin paparan TFT LCD berukuran 1.4-inci yang memberikan anda paparan berwarna yang sangat responsif.

Selain itu, realme Band 2 juga hadir dengan Real-time Heart Rate Monitor dan Blood Oxygen Monitor berketepatan tinggi menggunakan sensor GH3011.

realme Band 2 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 139 sahaja 8

realme Band 2 menawarkan sokongan bagi 90 Mod Sukan termasuk berlari , berjalan, Bola Sepak, Hoki, Pingpong, Badminton, dan banyak lagi. Ia juga dapat mencatatkan jumlah masa latihan dan kalori pengguna yang dibakar setiap hari dan mingguan.

Ia juga dapat membezakan penggunaan kalori dalam mod latihan tertentu serta mengesan jangka masa latihan harian dan mingguan.

Selain itu, realme Band 2 juga mempunyai bateri berkapasiti 204mAh yang sangat efisien dengan 12 hari jangka hayat bateri,  kalis air 5ATM dan 50  reka bentuk dial faces yang menarik.

realme Band 2 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi RM 139 sahaja 9
realme Band 2 akan di Malaysia harga RM 169 namun anda boleh mendapatkanya pada harga RM 139 sahaja pada 20 September ini secara eksklusif di Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.