Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Pad 5 kini rasmi untuk pasaran antarabangsa pada harga sekitar RM 1,714

Pada majlis pelancaran Xiaomi 11T Pro dan Xiaomi 11T, Xiaomi juga telah mengumumkan penawaran Xiaomi Pad 5 ke pasaran antarabangsa namun Xiaomi Pad 5 Pro tidak ditawarkan.


Xiaomi Pad 5 hadir dengan skrin paparan berukuran 11.0-inci dengan resolusi 2560×1600 dan kadar segar semula 120Hz.

Panel skrin 10-bit ini juga membawakan sokongan HDR10, Dolby Vision, kecerahan sehingga 500nits dan teknologi TrueTone.

Beralih kepada pemproses, Xiaomi Pad 5 hadir cip Snapdragon 860 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.

Pada bahagian kamera, Xiaomi Pad 5 hadir dengan satu sensor utama 13MP sahaja. Kamera selfie bagi Xiaomi Pad 5 adalah 8MP.


Beralih kepada bateri, Xiaomi Pad 5 mempunyai bateri yang lebih besar iaitu 8,720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W (hanya adapter 22.5W disertakan dalam kotak).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.