Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 Ciri Apple iPhone 13 Series yang mungkin anda tidak tahu

5 Ciri Apple iPhone 13 Series yang mungkin anda tidak tahu 1

Pelancaran Apple iPhone 13 Series akan berlangsung didalam masa beberapa minggu sahaja lagi dan generasi ini dijangka akan menampilkan beberapa penambahbaikan yang positif.

Khabar angin mengenai Apple iPhone 13 Series telah bermula sejak awal tahun dan kebanyakkan spesifikasi yang dikatakan adalah konsisten sepanjang tahun namun sudah pasti terdapat beberapa ciri atau perubahan yang mungkin tidak diperkatakan secara konsisten.

Menurut leakster Max Weinbach, beliau telah menyenaraikan 5 ciri Apple iPhone 13 Series yang anda tidak tahu.

5 Ciri Apple iPhone 13 Series yang mungkin anda tidak tahu 2

Warna Matte Black dan Bronze

Apple dikatakan akan memperkenalkan skema warna baharu bagi Apple iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

Laporan mendakwa bahawa warna grafit pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max akan tampil dengan tona yang lebih gelap dengan kemasan matte berwarna hitam.

Selain itu, Apple juga dijangka akan menawarkan warna bronze pada dua model pro yang mana ianya akan hadir sebagai pengganti kepada warna emas dan bukanya pilihan warna baharu.

Akhir sekali, generasi iPhone tahun ini dijangka akan tampil dengan reka bentuk yang sama seperti model tahun lalu.

5 Ciri Apple iPhone 13 Series yang mungkin anda tidak tahu 3

Lapisan anti-capjari pada rangka sisi

iPhone 12 Series menampilkan reka bentuk sisi yang rata yang kali terakhir digunakan pada iPhone 5S dan kemasan keluli pada iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max dilihat sangat ‘mesra’ capjari yang sedikit sebanyak memburukkan penampilan telefon pintar ini.

Menyedari perkara ini, Apple dilaporkan akan menggunakan keluli yang mempunyai lapisan anti-capjari yang akan memberikan penampilan yang lebih kemas.

5 Ciri Apple iPhone 13 Series yang mungkin anda tidak tahu 4

Teknologi Mikrofon Beamforming

Menurut Weinbach, Apple mungkin memperkenalkan teknologi mikrofon beamforming    pada iPhone 13 Series.

Teknologi ini kini telah digunakan oleh Apple pada Apple iPod dan ianya dikatakan mampu menawarkan kualiti panggilan dan rakaman audio yang lebih baik.

Apple juga mungkin memasarkan teknologi ini sebagai peralatan penting untuk meningkatkan kualiti audio pada rakaman video.

5 Ciri Apple iPhone 13 Series yang mungkin anda tidak tahu 5

Magnet MagSafe yang lebih kuat

Teknologi pengecasan magnetik tanpa wayar MagSafe yang diperkenalkan pada iPhone 12 Series telah membuka pelbagai kemungkinan baharu dengan penawaran pelbagai aksesori didalam eksosistem MagSafe.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pengguna yang melaporkan daya tarikan magnet MagSafe adalah lemah.

Apple dikatakan akan menggunakan magnet yang lebih kukuh pada iPhone 13 Series dan MagSafe dilihat sebagai masa depan pengecasan pada iPhone kerana Apple mungkin membuang port lighting didalam masa beberapa tahun lagi.

5 Ciri Apple iPhone 13 Series yang mungkin anda tidak tahu 6

Astrofotografi pada iPhone

Saban tahun, kualiti imej dan video pada iPhone telah meningkat dengan drastik dan pada iPhone 13 Series, Apple dijangka akan memperkenalkan mod astrofotografi, ProRes dan rakaman viseo potrait.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.