Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Master Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 1 September ini


realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme GT Master Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 1 September ini dan pelancaran telefon pintar ini akan turut disertai oleh duta realme 5G iaitu Bunga, Hullera dan Joe Flizzow.

realme GT Master Edition yang hadir dengan reka bentuk’suitcase design’ hasil sentuhan Naoto Fukusawa ini telah dilancarkan di pasaran antarabangsa pada 18 Ogos yang lalu.


realme sekali lagi telah berkerjasama dengan pereka terkemuka Jepun iaitu Naoto Fukusawa yang mana pada edisi kali ini tampil dengan reka bentuk yang berinspirasikan suitcase dengan kulit 3D Vegan.

realme GT Master Edition pula hadir dengan pemproses Snapdragon 778G, skrin paparan AMOLED 120H berukuran 6.43-inci, 8GB RAM dan  storan dalaman sehingga 256GB.


Selain itu, realme GT Master Edition juga hadir dengan sensor tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie juga adalah 32MP.

Beralih kepada bateri , realme GT Master Edition hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart.

realme GT Master Edition akan ditawarkan didalam tig warna iaitu Voyager Grey, Luna White dan Cosmos Black.

Saksikan pelancaran realme GT Master Edition di Facebook realme Malaysia pada 1 September ini bermula jam 12 tengahari.

Dalam pada itu, realme juga telah mengumumkan lagu jenama terbaru syarikat sempena realme Fan Festival 2021 iaitu Kena Check yang telah dihasilkan dengan kerjasama Joe Flizzow, Hullera dan Bunga.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.