Apple iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max Rasmi – A20 Pro, Kamera Apertur Berubah & Bateri Lebih Besar

Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max yang hadir dengan beberapa peningkatan baharu walaupun masih dengan reka bentuk yang hampir sama seperti generasi sebelumnya.
Kedua-dua model hadir ini tampil dalam empat pilihan warna iaitu Burgundy, Glacier (biru), Black dan Silver. Menariknya, Dynamic Island kini lebih kecil, manakala saiz skrin masih kekal 6.3-inci untuk iPhone 18 Pro dan 6.9-inci pada iPhone 18 Pro Max.
Dari segi prestasi, kedua-duanya dikuasakan cip A20 Pro berasaskan teknologi 2nm. Cip ini mempunyai CPU enam teras dan GPU tujuh teras, dengan Apple mendakwa prestasi grafik sehingga 40 peratus lebih pantas berbanding A19 Pro. Jalur lebar memori turut meningkat sehingga 50 peratus.
Selain itu, Apple turut menaik taraf sistem penyejukan dengan vapor chamber generasi baharu yang mempunyai kawasan tiga kali lebih besar berbanding iPhone 17 Pro.
Dalam pada itu, sistem kamera juga menerima peningkatan lebih ketara apabila ketiga-tiga kamera 48MP dikekalkan, tetapi kamera utama kini menawarkan apertur fikizal berubah sehingga f/4.0. Ia memberikan kawalan lebih fleksibel terhadap jumlah cahaya, kelajuan pengatup serta kesan sinematik.
Dari segi bateri, iPhone 18 Pro Max menawarkan sehingga 45 jam main balik video, manakala iPhone 18 Pro sehingga 36 jam. Pengecasan turut dipertingkatkan dengan 50 peratus bateri boleh dicapai dalam sekitar 15 minit (60W).
Kedua-dua model hadir dengan iOS 27 dengan Siri baharu serta ciri Apple Intelligence yang lebih pintar. Siri kini boleh berfungsi dengan lebih banyak aplikasi pihak ketiga dan menyegerakkan perbualan merentas peranti Apple. Bagaimanapun, Siri baharu ini tidak tersedia di EU dan China ketika pelancaran.
Berikut adalah harga Apple iPhone 18 Pro Series di Malaysia
Apple iPhone 18 Pro 256GB – RM5,499
Apple iPhone 18 Pro 512GB – RM6,499
Apple iPhone 18 Pro 1TB – RM8,499
Apple iPhone 18 Pro 2TB – RM11,499
Apple iPhone 18 Pro Max 256GB – RM5,999
Apple iPhone 18 Pro Max 512GB – RM6,999
Apple iPhone 18 Pro Max 1TB – RM8,999
Apple iPhone 18 Pro Max 2TB – RM11,999
Pra-tempahan akan bermula pada 12 September, manakala jualan rasmi bermula 18 September.




