Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab A7 Lite – 5 Sebab Kenapa Ianya Tablet Mampu Milik Terbaik Untuk Pembelajaran dan Hiburan

Samsung Galaxy Tab A7 Lite – 5 Sebab Kenapa Ianya Tablet Mampu Milik Terbaik Untuk Pembelajaran dan Hiburan

Sejak bermulanya pandemik Covid-19, permintaan tablet global telah menyaksikan peningkatan yang mendadak kerana kegunaanya sebagai satu peranti hiburan dan pembelajaran jarak jauh.

Selain itu, pengkuatkuasaan perintah kawalan pergerakan juga menyebabkan kita terpaksa mengubah cara kerja dan pembelajaran yang lebih bergantung kepada peranti pintar sebagai medium untuk berhubung dan berinteraksi antara satu masa lain secara maya.

Sehubungan dengan itu, Samsung Malaysia secara rasminya telah melancarkan tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite yang ditawarkan pada harga jualan yang amat berpatutan dan mampu miliki oleh semua.

Pelancaran tablet ini memberikan pengguna satu pilihan tablet yang efektif kos dan mampu menjadi sebuah medium hiburan dan pembelajaran jarak jauh.

Berikut adalah 5 sebab kenapa Samsung Galaxy Tab A7 Lite adalah sebuah tablet mampu milik terbaik untuk hiburan dan pembelajaran.

1. Reka Bentuk Kompak dengan skrin paparan 8.7-inci

Samsung Galaxy Tab A7 Lite menampilkan reka bentuk yang boleh dikatakan antara paling premium pada tahap harga ini.

Ianya hadir dengan metal cover iaitu pada bahagian atas dan bawah manakala panel belakang adalah plastik namun mempunyai kemasan yang sama seperti rangka peranti.

Samsung Galaxy Tab A7 Lite juga tidak mengabaikan gaya untuk kemudahan dan profil tablet ini adalah sangat nipis iaitu hanya 8.0mm dengan berat hanya 366gram.

Satu lagi kelebihan yang memudahkan ianya digunakan sebagai peranti hiburan dan pembelajaran adalah skrin paparan yang lebih besar iaitu berukuran 8.7-inci.

Ini bermaksud dengan reka bentuk yang kompak, Samsung berjaya menempatkan skrin paparan yang memaksimakan keseluruhan panel hadapan sebagai skrin dengan ruang bezel sisi yang minima.

Reka bentuk yang kompak bersama-sama skrin paparan yang lebih besar membolehkan anda menikmati kandungan pada skrin dengan lebih imersif manakala dari segi pembelajaran pula, anda mempunyai ruang yang lebih untuk membuat aplikasi tambahan yang membolehkan anda menaip nota atau merujuk buku sambil membuat sesi pembelajaran secara atas talian.

2. Dua pembesar suara Stereo Dolby Atmos

Samsung Galaxy Tab A7 Lite juga dilengkapi dua pembesar suara stereo yang ditempatkan dibahagian atas dan bawah peranti untuk memberikan anda satu pakej audio yang lebih imersif.

Selain itu, anda juga dapat menikmati audio yang sangat jelas dan lantang walaupun didalam mod landskap.

Nikmati tayangan peribadi setaraf wayang di tempat tidur dengan dua pembesar suara pada orientasi landskap yang memberikan anda kualiti suara stereo yang kaya.

Pembesar suara stereo Samsung Galaxy Tab A7 Lite juga amat berguna ketika mendengar syarahan dan pembelajaran secara maya yang ternyata memerlukan tumpuan yang lebih mendalam.

3. Jangka Hayat Bateri Sepanjang Hari

Walaupun memiliki reka bentuk yang nipis Samsung Galaxy Tab A7 Lite dilengkapi bateri yang mampu menawarkan anda lebih banyak waktu penggunaan dan kurang waktu pengecasan.

Bateri 5,100mAh yang dimiliki tablet ini mampu menawarkan anda jangka hayat bateri yang sama dan ini adalah hasil kombinasi antaramuka Samsung, cipset dan skrin paparan yang cekap tenaga.

Dengan ini, Samsung Galaxy Tab A7 Lite boleh digunakan untuk menonton lebih banyak filem kegemaran anda, bermain permainan video dengan lebih lama atau melakukan kerja-kerja rasmi pejabat tanpa perlu risau kehabisan bateri.

Jika terdapat situasti tablet anda kehabisan bateri, anda pasti menarik nafas lega kerana Galaxy Tab A7 Lite juga memiliki sokongan pengecasan 15W yang membolehkan pengecasan dilakukan dengan pantas.

4. Tablet yang sesuai untuk Multitasking

Samsung Galaxy Tab A7 Lite dilengkapi dengan cip pemprosesan ultra efisien yang sangat berkuasa iaitu MediaTek MT8768T (Helio P22) yang dipadankan dengan 4GB RAM.

Apa yang lebih menarik adalah, Samsung Galaxy Tab A7 Lite boleh dikatakan sebagai satu-satunya tablet pada tahap harga ini untuk hadir dengan 4GB RAM dan 64GB storan dalaman.

Kapasiti RAM yang lebih tinggi membolehkan tablet ini menguruskan lebih banyak aplikasi pada satu-satu masa dan ini sudah pastinya amat berguna bagi pelajar yang ingin membuat rujukan dari internet dan sumber lain yang disimpan pada tablet.

Selain itu, storan dalaman yang dimiliki oleh Samsung Galaxy Tab A7 Lite ini adalah 64GB yang membolehkan anda menyimpan lebih banyak fail atau dokumen namun jika itu tidak mencukupi, tablet ini juga mempunyai slot microSD yang menyokong tambahan sehingga 1TB storan.

5. Harga mampu milik

Samsung Galaxy Tab A7 Lite ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 sahaja yang menjadikanya sebagai tablet termurah daripada Samsung.

Dengan keadaan pandemik yang mengekang perbelanjaan yang besar, penawaran tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite ini membuktikan bahawa Samsung mampu memberikan pengguna sebuah peranti tablet yang serba lengkap pada harga mesra poket.

Dapatkan Samsung Galaxy Tab A7 Lite di SINI

Baca ULASAN : Samsung Galaxy Tab A7 Lite – tablet mampu milik untuk keperluan hiburan dan pembelajaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.