Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo secara rasminya telah melancarkan teknologi pengecasan tanpa wayar magnetik MagVOOC


Oppo secara rasminya telah memperkenalkan teknologi pengecasan magnetik tanpa wayar pertama syarikat ini di Smart China Expo 2021 yang telah berlangsung pada 23 Ogos yang lalu.

Teknologi pengecasan magnetik tanpa wayar ini dikenali sebagai MagVOOC Series yang hadir didalam dua kadar output iaitu 40W dan 20W dan untuk itu Oppo juga memperkenalkan dua pad pengecasan iaitu 40W MagVOOC charging stand dan 20W MagVOOC charger.

Selain itu, MagVOOC Series juga terdapat sebuah Powerbank iaitu MagVOOC Powerbank yang berkapasiti 4,500mAh dan mampu mengecas peranti pada kadar 20W.

Keupayaan penyambungan telefon dalam kereta yang sangat pintar

OPPO juga telah mempamerkan pencapaian terbarunya dalam kemampuan penyambungan telefon pintar dalam kereta pada acara tersebut, termasuk kunci kereta digital, kawalan kenderaan jarak jauh pada OPPO Find X3, kawalan kenderaan jarak jauh pada OPPO Watch 2 dan  pengecasan pantas dalam kereta .

Kunci kereta digital membolehkan pengguna hanya menggunakan telefon pintar OPPO untuk membuka kunci kereta mereka melalui Bluetooth.

Kawalan kenderaan jarak jauh di OPPO Find X3 atau OPPO Watch 2 juga membolehkan pengguna menghidupkan penyaman udara dari jauh melalui aplikasi. Ia juga dapat membantu pemilik kereta mencari kereta mereka dengan membunyikan hon dari jauh.

Selain itu, pengguna juga dapat menikmati teknologi pengecasan dalam kereta OPPO yang maju iaitu 65W Oppo VOOC dan pengecasan tanpa wayar 40W Oppo VOOC semasa memandu.

OPPO sentiasa terbuka untuk kolaborasi di seluruh industri untuk meneroka kemungkinan baru dan telah menjalin kerjasama dengan banyak jenama kenderaan terkemuka, seperti NIO, BYD Auto, dan Geely.

Mengorak ke hadapan , telefon pintar akan menjadi pusat kepada kawalan kenderaan kita.

Semakin banyak teknologi canggih akan dimasukkan ke dalam ekosistem penyambungan telefon pintar-kenderaan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.