Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi kini merupakan syarikat No.1 di 22 pasaran – kekal syarikat telefon pintar No.2 dunia


Xiaomi telah mengumumkan laporan kewangan bagi suku ke-2 2021 yang menyaksikan peningkatan pendapatan dan keuntungan melebihi ramalan.

Pada suku kedua tahun 2021, jumlah pendapatan Xiaomi adalah berjumlah RMB87.8 bilion (sekitar RM 56.7 bilion), iaitu peningkatan 64.0% berbanding suku yang sama tahun lalu manakala untung bersih untuk tempoh yang sama adalah RMB6.3 bilion (sekitar RM 4.07 bilion), meningkat 87.4% berbanding suku yang sama tahun laluZ.

Jumlah pendapatan dan keuntungan bersih yang diselaraskan keduanya mencapai paras tertinggi pada suku tersebut menunjukkan keunggulan model perniagaan dan ketahanan operasi syarikat ini.

Penjualan telefon pintar global kumpulan Xiaomi telah mencapai 52.9 juta unit yang mewakili peningkatan 86.8% berbanding tahun lalu.

Menurut Canalys, Xiaomi kini menduduki tempat ke-2 pasaran telefon pintar global buat pertama kali pada suku kedua dengan perkongsian pasaran 16.7%.

Dalam pada itu, laporan Canalys juga telah mendedahkan bahawa pada suku kedua ini Xiaomi adalah antara 5 terbaik di 65 pasaran di seluruh dunia dan No. 1 di 22 pasaran yang mana 10 daripadanya adalah kali pertama menduduki tangga pertama pasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.