Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dilaporkan menguji komponen Face ID yang boleh mengesan wajah walaupun memakai pelitup muka atau kaca mata


Apple dilaporkan sedang menguji komponen Face ID yang baharu yang didakwa membolehkan pengguna ‘unlock’ iPhone walaupun memakai pelitup muka atau kaca mata yang berkabus.

Leakster Jon Prosser telah mendedahkan maklumat terbaru ini melalui laman FrontPageTech.com dan beliau menjelaskan Apple telah menguji komponen ini pada Apple iPhone 12 dengan menggunakan case dibina khas yang mampu memintas sistem FaceID yang terbina dalam telefon pintar untuk ujian ini.

Selain itu, Prosser juga percaya bahawa prototaip Face ID yang terbaru ini mempunyai ukuran dimensi yang sama seperti fail CAD milik Apple iPhone 13 .

Ini adalah kerana prototaip Face ID yang baharu ini mempunyai ukuran yang lebih kecil dan konsisten dengan laporan awal yang mengatakan Apple iPhone 13 akan hadir dengan saiz notch yang lebih kecil.

Pengunaan komponen Face ID pada Apple iPhone 12 juga membolehkan Apple mengadakan ujian yang lebih meluas tanpa perlu mendedahkan generasi iPhone baru kepada pekerja.

Pekerja yang turut serta juga telah diminta untuk memakai pelitup muka dan kaca mata untuk menguji kemampuan komponen Face ID baharu ini didalam pelbagai keadaan.

Walaubagaimanapun, Prosser juga berkata walaupun terdapat persamaan didalam reka bentuk Face ID ini, masih belum dapat dipastikan samada Face ID baharu ini akan digunakan pada Apple iPhone 13 Series atau generasi seterusnya.

Apple iOS 14.5 kini ditawarkan – menawarkan sokongan ‘Unlock with Apple Watch’ dan AirTag
sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.