Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K30 5G Racing Edition kini rasmi dengan Snapdragon 768G, Skrin 120Hz dengan harga serendah RM 1,220

Redmi K30 5G Racing Edition kini rasmi dengan Snapdragon 768G, Skrin 120Hz dengan harga serendah RM 1,220 1

Redmi K30 5G Racing Edition
Xiaomi telah memperkenalkan satu lagi model terbaru didalam siri Redmi K30 iaitu Redmi K30 5G Racing Edition dan ianya merupakan telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan pemproses Snapdragon 768G.

Redmi K30 5G Racing Edition kini rasmi dengan Snapdragon 768G, Skrin 120Hz dengan harga serendah RM 1,220 2

Pemproses terbaru ini adalah versi ‘overclocked’ Snapdragon 765G dengan CPU dan GPU yang lebih pantas manakala reka bentuk telefon pintar masih sama seperti Redmi K30 5G.

Redmi K30 5G hadir dengan panel IPS LCD 120Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan terdapat tebukan punch-hole yang menempatkan sensor utama 20MP dan 2MP sensor depth.

Redmi K30 5G Racing Edition kini rasmi dengan Snapdragon 768G, Skrin 120Hz dengan harga serendah RM 1,220 3

Bahagian belakang Redmi K30 5G Edition adalah modul kamera bulat yang menempatkan sensor utama 64MP, 8MP sensor ultrawide, 5MP sensor makro dan satu sensor depth (2MP).

Redmi K30 5G Racing Edition kini rasmi dengan Snapdragon 768G, Skrin 120Hz dengan harga serendah RM 1,220 4

Redmi K30 5G Racing Edition ini juga memiliki teknologi penyejukan peranti, bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 30W, sokongan 5G SA & NSA, GPS L1+L5 dan NFC.

Redmi K30 5G Racing Edition kini rasmi dengan Snapdragon 768G, Skrin 120Hz dengan harga serendah RM 1,220 5

Redmi K30 5G Racing Edition ini telah mula ditawarkan dipasaran China dengan kapasiti 6GB RAM dan 128GB storan dalaman pada harga penjualan CNY 1,999 (RM 1,220).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.