Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 9.3 PureView akan hadir dengan sensor 108MP, video 8K dan Snapdragon 865

Nokia 9.3 PureView
Nokia 9.3 PureView akan hadir dengan sensor 108MP, video 8K dan Snapdragon 865

HMD Global dilaporkan bakal melancarkan generasi baru telefon pintar Nokia PureView mereka iaitu Nokia 9.3 PureView dan syarikat ini amat teliti didalam proses pembangunan peranti eksklusif ini.

PureView adalah produk yang memfokuskan kepada teknologi kamera yang terbaik dan Nokia 9.3 PureView dijangka akan hadir dengan sensor 108MP selain rakaman video 8K pada kadar 30fps

Penawaran rakaman video 8K pada Nokia 9.3 PureView adalah dengan pengunaan cipset Snapdragon 865 dan ini meletakkan telefon pintar flaghsip Nokia ini setara dengan peranti flagship Android yang lain.

Selain itu, Nokia 9.3 PureView ini juga akan memfokuskan kepada penawaran mod Pro dan mod Malam yang baik dan ZEISS akan turut menawarkan beberapa kesan ‘ZEISS effects’ yang eksklusif pada peranti Nokia ini.

Setakat ini masih tiada berita rasmi mengenai kewujudan Nokia 9.3 PureView namun ianya dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Ogos atau September 2020.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.