Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 13 Pro dan Note 13 dilancarkan secara rasmi – harga serendah RM 705

 

Selain Redmi Note 13 Pro+, Xiaomi juga telah memperkenalkan Redmi Note 13 Pro dan Redmi Note 13.

Redmi Note 13 Pro

Redmi Note 13 Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1220 x 2712 piksel dan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, Note 13 Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang diumumkan baru-baru ini dan ianya disertakan bersama tiga pilihan RAM iaitu 8GB,12GB atau 6GB  bersama storan sehingga 512GB

Beralih kepada kamera belakang, terdapat satu sensor utama 200MP ISOCELL HP3, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah MIUI 14 yang berasaskan Android 13, bateri 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W, pembesar suara stereo dan IR blaster.

Redmi Note 13 Pro akan ditawarkan di China pada harga dari CNY 1,399 (RM 898).

Redmi Note 13

Redmi Note 13 hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, Note 13 dikuasakan dengan cip Dimensity 6080 bersama 4 konfigurasi RAM (LPDDR4X) dan storan dalaman (UFS 2.2) iaitu 6/128GB, 8/128GB, 8/256GB, dan 12/256GB

Beralih kepada kamera belakang, terdapat satu sensor utama 100MP bersama sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah MIUI 14 yang berasaskan Android 13, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W.

Redmi Note 13 akan ditawarkan di China pada harga dari CNY 1,099 (RM 705).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.