Celcom menawarkan pelbagai perkhidmatan tambahan kepada pelanggan sepanjang perintah kawalan pergerakan Covid-19
Pengumuman Penting : Celcom menyeru semua rakyat Malaysia untuk duduk di dalam rumah dan mengamalkan social distancing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Dengan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan, Celcom sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna didalam membendung penularan wabak Covid-19.
Bagi meringkan beban pengguna dalam keadaan yang menguji emosi dan mental, Celcom menawarkan beberapa perkhidmatan tambahan seperti panggilan percuma ke Hotline Kementerian Kesihatan dan pengunaan data percuma bagi mengakses maklumat terkini situasi Covid-19 di laman sesawang rasmi KKM di www.moh.gov.my
Istimewa bagi pelanggan prabayar Celcom, anda akan menikmati panggilan tanpa caj ke nombor hotline Kementerian Kesihatan dan cawangannya, hotline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), talian Perintah Kawalan Pergerakan
- Percuma panggilan tanpa had ke nombor hotline kementerian kesihatan Malaysia@, hotline Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC): 03-88810200, 03-88810600, 03-8881070 atau Hotline Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) : 03-88882010.
- Percuma pelayaran laman web rasmi KKM untuk memperoleh maklumat dan informasi terkini mengenai Covid-19 bila-bila masa di www.moh.gov.my
Pengunaan aplikasi Whatsapp tanpa had sehingga 14 April 2020
- Nikmati pengunaan percuma data WhatsApp bagi teks, panggilan suara dan panggilan video dari 8 pagi sehingga 6 petang khusus bagi pelanggan prabayar, pascabayar, home broadband dan enterprise Celcom. Ini membolehkan anda berkomunikasi dengan rakan sekerja atau ahli keluarga dengan mudah tanpa perlu menjejak keluar dari rumah.
Data Mircosoft Office 365 Percuma sehingga 14 April 2020
- Pengunaan data percuma pada aplikasi Microsoft Office 365 – dari jam 8 pagi sehingga 6 petang yang membolehkan anda melakukan kerja-kerja pejabat dari rumah dengan lebih mudah.
Nikmati Internet Unlimited melalui Celcom Xpax Ultra Hour yang lebih berbaloi!
- Pas Internet Ultra Hour pada bayaran RM 2
- 6 jam pengunaan Internet tanpa had ‘Unlimited’ berbanding hanya 3 jam pengunaan sebelum ini.
- Pembelian harus dibuat melalui aplikasi Celcom Life.
- Promosi tamat 14 April 2020
Khas bagi pelanggan baru pelan pascabayar Celcom MEGA :
- Nikmati 50% diskaun bagi pelan Celcom Mega Unlimited dan juga talian tambahan untuk Talian Keluarga.
- Pengaktifan servis ini boleh dibuat secara eksklusif di Celcom Online Shop.
Social Distancing juga boleh menjadi sesuatu yang menghiburkan dengan Video Walla, Music Walla atau Games Walla yang boleh membantu anda melupakan sebentar dunia luar yang sedang digoncang dengan wabak Covid-19.
Pakej Hiburan khas bagi pelanggan prabayar Celcom Xpax :
- Video Walla
- Music Walla
- Games Walla
- Harga pakej hiburan serendah RM 2
- Hanya dail *118# pada telefon pintar anda untuk mengaktifkan pas hiburan Walla ini.
Bagi memastikan anda kekal selamat didalam rumah ketika perintah kawalan larangan ini , lakukan tambah nilai kredit atau beli pas internet melalui aplikasi Celcom Life dan nikmati 10% pulangan tunai di Boost eWallet namun jangan lupa untuk pautkan akaun Boost anda di aplikasi Celcom Life
Didalam situasi yang tidak pernah kita lalui sebelum ini, Celcom kekal komited untuk menawarkan pengguna perkhidmatan yang terbaik sepanjang masa.
Celcom menyarankan anda untuk melakukan setiap transaksi atau pembelian pakej secara atas talian melalui kaedah seperti yang telah disenaraikan dibawah :
Aplikasi Celcom Life:
Semak & bayar bil, beli kredit atau Internet reload & pelan tambahan
Celcom Online Customer Service
Untuk Semak & bayar bil untuk beberapa talian
Celcom Online Shop
Bagi Pembelian peranti dan aksesori
Melalui program dan faedah ini, Celcom berharap untuk membantu orang ramai tinggal di rumah dan menjauhkan diri dari penyakit Covid-19 sepanjang tempoh tempoh perintah kawalan pergerakan
Sebagai penutup, Celcom dan MobileFokus mengambil peluang ini untuk menggalakkan anda sentiasa menjaga kesihatan dan kerap mencuci tangan dan kekal didalam rumah jika tiada sebarang urusan penting.