Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 10 dan Narzo 10A akan dilancarkan 26 Mac ini

realme Narzo 10 dan realme Narzo 10A Malaysia
Walaupun baru melancarkan realme 6 dan realme 6 Pro beberapa minggu lalu di India, realme nampaknya bakal memperkenalkan siri telefon pintar baru pada 26 Mac ini.

Siri telefon pintar baru realme ini kini telah disahkan akan dikenali sebagai realme Narzo dan terdapat dua varian yang akan dilancarkan minggu hadapan iaitu Narzo 10 dan Narzo 10A.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh realme di Twitter, realme Narzo 10 akan hadir dengan tetapan quad-kamera manakala realme Narzo 10A pula akan memiliki tetapan tri-kamera sahaja.

Selain daripada itu tidak banyak maklumat mengenai realme Narzo 10 dan Narzo 10A diketahui namun ianya akan menjadi telefon pintar kelas mampu milik yang hadir dengan harga penjualan yang berpatutan.

Kami menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai realme Nazro 10 dan realme Narzo 10A akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.