Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 kini di Malaysia – skrin 90Hz, Helio G90T dengan harga dari RM 799


Seperti diumumkan, realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan realme 6 ke pasaran tempatan dan ianya akan hadir dengn harga penjualan RM 799 sahaja (pada penjualan khas di Lazada)

realme 6 hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3. Panel skrin ini adalah jenis punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP f/2.0.

realme 6 juga menjadi telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G90T yang dikhaskan untuk gaming dengan GPU Mali G-76 MC4 dan terdapat tiga pilihan RAM samada 4GB,6GB atau 8GB ( hanya varian 4/128GB ditawarkan di Malaysia).

71E74739-2DFE-4559-82D7-533ED858432F-1024x576.jpeg

realme 6 hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu satu sensor 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1, sensor ultra-lebar 8Mp f/2.3, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP khas untuk potret.

Beralih kepada storan dalaman, realme 6 hadir dengan dua kapasiti memori jenis UFS 2.1 iaitu 64GB atau 128GB dan terdapat juga slot microSD. Bateri realme 6 adalah 4,300mAh dengan pengecasan pantas 30W.

50AC6CA2-3314-450C-A23A-2CF2DA94ACCE-1024x576.jpeg

realme 6  juga disertakan dengan realme UI yang berasaskan Android 10, sensor capjari pada bahagian sisi.

realme 6 kini di Malaysia dengan harga penjualan seperti berikut :

realme 6 4/128GB – RM 999

pada 27 Mac 2020, tepat jam 12 tengah malam, realme 6 akan ditawarkan pada penjualan Lazada Birthday Sale pada harga RM 799 sahaja (untuk 2 jam sahaja).

Beli realme 6 di Lazada :https://s.lazada.com.my/s.0WAzA (pada 27 Mac!)

realme 6 hadir didalam dua pilihan warna dengan reka bentuk Comet Design iaitu Comet White dan Comet Blue.

Tontoni video buka kotak realme 6 dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.