HONOR 400 Series disahkan tiba di Malaysia pada 22 Mei ini

HONOR 400 Series telah disahkan akan dilancarkan dipasaran Malaysia pada 22 Mei ini dan ianya juga telah disahkan akan menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan ciri AI Image to Video.
Selain AI Image to Video, HONOR 400 Series juga akan membawakan keupayaan Next-gen AI Imaging. Antara ciri AI yang ditawarkan ialah AI Eraser 2.0, AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale, Moving Photo Collage dan Harcourt Studio 2.0.
Bagi memastikan memberikan pengalaman fotografi yang unggul kepada pengguna, Siri HONOR 400 hadir dengan spesifikasi kamera flagship yang mengatasi jenama telefon flagship pesaing. Kedua-dua model menampilkan sensor utama 200MP dengan sensor 1/1.4-inci, jauh lebih baik berbanding generasi terdahulu. Kamera utama ini turut dilengkapi dengan OIS dan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) untuk hasil yang jelas walaupun dalam keadaan kurang cahaya.
Selain itu, HONOR 400 Series ini juga memiliki sensor makro/ultrawide 12MP untuk menghasilkan gambar yang lebih luas. HONOR 400 Pro pula hadir dengan sensor AI telephoto 50MP yang menyokong zoom digital sehingga 50 kali, manakala HONOR 400 pula tidak memiliki kamera telefoto namun masih menawarkan sokongan zoom digital sehingga 30x. Di bahagian hadapan, kedua-dua model ini dilengkapi kamera selfie 50MP untuk hasil swafoto setanding studio.
Jangan lupa saksikan pelancaran HONOR 400 Series pada 22 Mei 2025, jam 3 petang menerusi penstriman langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.
HONOR 400 Series – telefon pintar pertama didunia dengan ciri AI Image to Video