Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 400 Series – Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 1

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 2

HONOR 400 Series telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Mei ini dan ianya akan tampil didalam dua model iaitu HONOR 400 dan HONOR 400 Pro.

HONOR 400 Series akan tampil dengan keupayaan Next-gen AI Imaging. Antara ciri utama ialah ciri AI Image to Video, hasil kerjasama dengan Google Cloud AI yang membolehkan video dihasilkan daripada gambar statik.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 3
HONOR 400 dan HONOR 400 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Mei ini

Ciri AI Image to Video merupakan komponen utama bagi keupayaan pengimejan AI HONOR, membolehkan penghasilan video terus dari galeri foto dalam telefon, tanpa keperluan aplikasi pihak ketiga. Ini menawarkan kemudahan dan kawalan kreatif yang luar biasa.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 4

Kamera flagship AI terbaik dalam kelas

Bagi memastikan memberikan pengalaman fotografi yang unggul kepada pengguna, Siri HONOR 400 hadir dengan spesifikasi kamera flagship yang mengatasi jenama telefon flagship pesaing. Kedua-dua model menampilkan sensor utama 200MP dengan sensor 1/1.4-inci, jauh lebih baik berbanding generasi terdahulu. Kamera utama ini turut dilengkapi dengan OIS dan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) untuk hasil yang jelas walaupun dalam keadaan kurang cahaya.

Selain itu, HONOR 400 Series ini juga memiliki sensor makro/ultrawide 12MP untuk menghasilkan gambar yang lebih luas. HONOR 400 Pro pula hadir dengan sensor AI telephoto 50MP yang menyokong zoom digital sehingga 50 kali, manakala HONOR 400 pula tidak memiliki  kamera telefoto namun masih menawarkan sokongan zoom digital sehingga 30x. Di bahagian hadapan, kedua-dua model ini dilengkapi kamera selfie 50MP untuk hasil swafoto setanding studio.

Suntingan Foto Mudah Alih Didefinisi Semula oleh Next-gen AI Imaging

Siri HONOR 400 tampil dengan pelbagai alat suntingan AI yang tiada tandingan bagi meningkatkan kreativiti pengguna dalam kehidupan seharian. Ciri-ciri ini bukan sahaja menambah baik kualiti imej, malah mampu menukarkan foto kepada video dinamik yang menghidupkan semula kenangan. 

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 5

AI Image to Video – Hidupkan Gambar Lama Jadi Memori Bermakna

Fungsi AI Image to Video ini membolehkan gambar statik seperti foto lama, hasil seni AI, komik, serta landskap ditukar kepada video pendek berdurasi lima saat. Hasil video boleh dikongsi di media sosial untuk pengguna Android dan iOS. Ciri ini sesuai bagi menghidupkan foto kenangan bersama insan tersayang. AI akan mengubah imej ini menjadi video yang membolehkan anda melihat mereka senyum, bergerak atau berinteraksi.

Bagi menggambarkan bagaimana teknologi AI Image to Video boleh menghidupkan semula memori indah, HONOR baru-baru ini berkongsi dua video menyentuh hati sempena Hari Ibu. Dalam video pertama, seorang wanita menghidupkan kembali foto lama bersama ibunya yang telah meninggal dunia dalam kebakaran. Dengan HONOR 400 Pro, gambar itu diubah menjadi video memaparkan ibunya tersenyum dan berinteraksi dengannya.

Tonton video tersebut di sini:

Video kedua pula menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak dapat menerima pemergian neneknya. Bapanya menggunakan HONOR 400 Pro untuk menghidupkan kembali gambar mereka bersama, mengembalikan senyuman neneknya bagi menggembirakan anaknya. Ciri ini menunjukkan bagaimana AI HONOR bukan sekadar memperindah imej, malah menghidupkan kembali kenangan lama dengan kisah menarik hati.

Tonton video tersebut di sini:

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 6

AI Eraser 2.0 – Padamkan Pantulan dan Orang Lalu-lalang

Untuk meningkatkan kualiti kepada gambar, HONOR 400 Series menawarkan ciri AI Eraser 2.0 yang dipertingkatkan untuk membuang objek tidak diingini atau latar belakang yang berterabur dengan lebih tepat.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 7

Ciri AI Erase Passersby pula mampu memadam orang yang lalu-lalang, manakala AI Remove Reflection menghilangkan silau dan pantulan pada imej, Ketepatan yang dihasilkan menggunakan ciri-ciri membolehkan gambar tampak lebih profesional dan kemas tanpa sebarang aplikasi tambahan.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 8

AI Cutout – Kebebasan Kreatif  

Fungsi AI Cutout membolehkan pengguna mengekstrak objek atau individu daripada latar belakang bagi membolehkan pengubahsuaian atau pernukaran latar belakang kepada yang baharu dengan mudah melalui AI.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 9

Dengan tiga mod disediakan iaitu Modify Background, Transparent Background, dan Solid Color Background, ciri ini sesuai untuk menghasilkan foto ID profesional, bahan pemasaran dan kandungan media sosial yang pasti dicemburui pengguna telefon pintar lain.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 10

AI Outpainting – Luaskan Bingkai Imej

HONOR 400 Series juga dilengkapi dengan ciri AI Outpainting yang meluaskan sempadan imej secara pintar. Ianya sesuai untuk foto pemandangan, landskap, latar belakang atau gambar yang dipotong dan perlu diperluaskan.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 11AI akan mengisi bahagian-bahagian yang perlu diperluaskan secara semulajadi.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 12

 AI Upscale – Naik Taraf Gambar Lama

Ciri AI Upscale pula menjadikan foto lama atau berkualiti rendah kelihatan lebih jelas dan terperinci.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 13Dengan satu sentuhan, ia menambah butiran dan menjadikan gambar kabur lebih jelas, menghidupkan semula memori berharga.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 14

Moving Photo Collage – Kembali Hidupkan Suasana

Gunakan ciri ini untuk menggabungkan beberapa Live Photo bagi mencipta kisah yang menyeronokkan dan dinamik, berbanding kolaj statik yang membosankan. Pengguna boleh tetapkan muzik, durasi dan filter sebelum berkongsi di media sosial, sesuai untuk saat-saat seperti sambutan hari jadi.

HONOR 400 Series - Kamera flagship, Edit terus pada aplikasi Gallery 15

Harcourt Studio 2.0 – Potret Lebih Realistik dan Artistik

Harcourt Studio 2.0 mampu mensimulasikan kabur latar seperti kamera optikal sebenar dengan ketepatan fokus dan kejelasan tepi yang tinggi untuk menghasilkan potret yang nampak alami dan hidup. Ia juga menawarkan enam filter Film Simulation menarik selain Harcourt Vibrant, Harcourt Colour dan Harcourt Classic menjadikan potret lebih artistik dan memukau.

Nantikan pelancaran HONOR 400 Series di Malaysia pada 22 Mei ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.