HONOR 400 Series – telefon pintar pertama didunia dengan ciri AI Image to Video

HONOR 400 Series telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 22 Mei ini dan ianya akan tampil didalam dua model iaitu HONOR 400 dan HONOR 400 Pro.
Apa yang pasti adalah kedua-dua telefon pintar ini akan membawakan teknologi fotografi Next-gen AI Imaging yang membawa kemampuan AI pada telefon pintar ke tahap yang tidak pernah dicapai.
Jom lihat ciri-ciri fotografi pada HONOR 400 dan HONOR 400 Pro yang dikuasakan AI.
AI Image to Video
HONOR 400 Series merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan ciri AI Image to Video yang membolehkan anda mengubah sebuah imej kepada video berdurasi 5 saat yang sangat realistik dan mengimbau semula kenangan yang tidak mungkin berulang.
Gunakan ciri ini untuk mengabdikan memori lama dengan memberikan ‘nyawa’ kepada imej dengan video yang dijana AI. Proses membuat video ini dilihat mengambil masa sekitar 1 hingga 2 minit dan anda boleh memilih format video landskap (16:9) atau portrait (9:16).
Untuk menjana video melalui ciri AI Image to Video, sila ke Gallery > Create > Image to Video > Add Image > pilih gambar > tekan Start Generation (terhad untuk 10 penggunaan sehari).
AI Eraser 2.0
Ciri AI Eraser pada HONOR 400 Series adalah lebih berkuasa dimana ianya boleh digunakan untuk memadam objek atau subjek yang tidak diingini pada gambar dengan hanya 1 ketikan.
Dalam pada itu, AI Eraser ini juga boleh digunakan untuk menukar warna baju dimana anda harus memadam bahagian baju untuk melihat AI menukar warna baju tersebut.
Selain itu, AI Eraser juga boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif seperti gambar anda terapung atau terbang.
- AI Eraser Passer-by
padam subjek yang tidak diingini dari latar belakang anda dengan mudah dengan hanya satu ketikan. Al secara automatik mengenali subjek utama dan memadamkan subjek yang berada di sekeliling.
- AI Remove Reflection
AI Remove Reflection boleh digunakan untuk memadamkan silau dan pantulan jelas dari permukaan seperti kaca atau lampu flash, menjadikan foto lebih jelas dan menarik.
Sebagai telefon pintar pertama didunia dengan ciri AI Image to Video, HONOR 400 Series membuka pelbagai kemungkinan baharu yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai senario fotografi.