Samsung Galaxy S25 Edge kini rasmi – rekaan nipis 5.8mm, cip Snapdragon 8 Elite

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar ‘slim’ iaitu Samsung Galaxy S25 Edge sebagai pencabar kepada iPhone 17 Air yang akan dilancarkan pada lewat tahun ini.
Samsung Galaxy S25 Edge memiliki rekaan yang nipis iaitu hanya 5.8mm bersama berat 163 gram dan untuk mencapai dimensi ini, pengorbanan telah dilakukan pada bahagian bateri dimana telefon pintar ini memiliki bateri 3,900mAh dengan pengecasan 25W yang mampu memberikan 55% pengecasan didalam masa setengah jam dan ianya turut disertakan dengan pengecasan tanpa wayar.
Seterusnya, Samsung Galaxy S25 Edge hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2x dengan resolusi QHD+, kadar segar semula 120Hz dan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Ceramic 2. Ianya turut dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.
Beralih kepada kamera, Galaxy S25 Edge menampilkan sensor kamera 200MP ternipis dipasaran yang mana ianya memiliki OIS dan menawarkan 2x zoom yang setaraf ‘zoom optikal’. Bersama sensor ini terdapat sensor 12MP yang juga menyokong mod makro dengan pemfokusan auto. Kamera selfie adalah 12MP dengan aperture f/2.2.
Dalam pada itu, telefon pintar ‘slim’ Samsung ini juga hadir dengan One UI 7 yang berasaskan Android 15, penarafan IP68, sistem penyejukan yang inovatif.
Akhir sekali, Samsung Galaxy S25 Edge akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Titanium Silver, Titanium Jetblack, dan Titanium Icyblue pada harga $1100 (RM 4,723) bagi versi 256GB dan $1220 (RM 5,238) bagi versi 512GB.