Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Malaysia akan lancarkan 4 produk baharu pada 22 April ini

HONOR Malaysia telah mengesahkan ianya akan mengadakan satu majlis pelancaran produk baharu yang akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan 4 peranti baharu untuk pasaran tempatan.

4 produk yang akan dilancarkan pada 22 April ini adalah tablet HONOR Pad 9 5G, komputer riba HONOR MagicBook X 16 dan telefon pintar HONOR X7b 5G serta jam kecergasan HONOR Band 9.

HONOR Pad 9 5G adalah variasi 5G bagi tablet Pad 9 yang telah dilancarkan bersama-sama Magic6 Pro bulan lalu manakala HONOR X7b 5G juga merupakan varian baharu yang menawarkan sokongan 5G (HONOR X7b 4G telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Disember yang lalu).

Dalam pada itu, HONOR MagicBook X 16 pula tampil dengan ciri terkini bagi mereka yang mencari kelainan dalam komputer riba. Manakala HONOR Band 9 jam tangan pintar serba boleh yang menyediakan ciri-ciri memantau tahap kesihatan dan kecergasan.   

Nantikan maklumat penuh dan harga empat peranti iniicbo yang akan dimumkan pada 22 April ini.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan kunjungi laman web HONOR di www.honor.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.