Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TP-Link lancar penghala Wi-Fi 7 Deco BE85 dan Archer GE800 untuk pasaran Malaysia

Penyedia rangkaian WiFi pengguna dan peranti rumah pintar terkemuka dunia, TP-Link telah memperkenalkan teknologi wayarles terkini, WiFi 7 untuk pasaran Malaysia.

TP-Link telah melancarkan dua penghala WiFi 7 terbaharu mereka iaitu Deco BE85 dan Archer GE800, yang menggabungkan teknologi termaju dengan reka bentuk lebih menarik.

WiFi 7 – Kelajuan Tiada Tandingan

WiFi 7 secara rasmi memasuki pasaran Malaysia, TP-Link menerajui kejayaan dalam teknologi baharu, membawa peningkatan revolusioner kepada rangkaian di rumah Malaysia dengan daya pemprosesan lebih tinggi iaitu IEEE 802.11be Extremely High Throughput (EHT). Ia berfungsi merentas tiga jalur (2.4GHz, 5GHz dan 6GHz) untuk memanfaatkan sumber sepenuhnya.

Walaupun WiFi 6 dibina untuk memenuhi bilangan peranti yang semakin meningkat di seluruh dunia, matlamat WiFi 7 adalah untuk memberikan kelajuan yang lebih tinggi buat setiap peranti dengan kecekapan yang terbaik.

Dengan daya pemprosesan yang lebih baik sehingga 46 Gbps, ia direka untuk memberikan sambungan internet lebih lancar menerusi pengalaman yang tersedia buat golongan profesional bekerja, usahawan, pemain permainan video, juruteknik profesional dan perusahaan.

WiFi 7 adalah gambaran masa depan.

Selain itu, jalur lebar ultra luas 320 MHz, 4096-QAM, Multi-RU dan Multi-Link Operation ialah enjin yang mengatasi WiFi 6 (4.8 kali lebih pantas) dan menjadikan WiFi 5 kelihatan seperti memori di masa lalu (13 kali lebih pantas).

Sama ada anda menonton filem, membuat panggilan video, bermain permainan dalam talian atau mungkin melengkapkan kediaman dengan peranti rumah pintar, WiFi 7 meningkatkan pengalaman dengan menyediakan pas VIP persendirian buat setiap peranti, memberikan akses kepada kelajuan yang sangat tinggi.

Berikut adalah ciri-ciri utama TP-Link Deco BE85 dan Archer GE800 :

Ciri-ciri Deco BE85 termasuk:

  • WiFi Tiga Jalur 12-Strim 22 Gbps
  • Rangkaian 10 Gbps Terbaru untuk Fleksibiliti Maksimum
  • Gabungan Backhaul Tanpa Wayar dan Berwayar
  • Operasi Pelbagai Pautan (MLO) 
  • Saluran 320 MHz, Menggandakan Jalur Lebar
  • Berfungsi pada Jalur 6 GHz
  • Perlindungan dengan TP-Link HomeShield 
  • Keserasian yang Lebih Universal

Ciri-ciri Archer GE800 termasuk:

  • Kelajuan 19 Gbps terkini
  • WiFi 7 Tiga Jalur (Tri-Band) 7, Rangkaian Perdana untuk Permainan Video Lebih Intensiti
  • Dua Port 10G untuk Sambungan Masa Depan yang Diyakini
  • Daya Pecutan Eksklusif untuk Permainan Video
  • Panel Permainan Tersendiri, Membolehkan Pemain Merangka Strategi dengan Berkesan
  • Reka Bentuk Khusus buat Permainan Video
  • TP-Link HomeShield untuk Perlindungan
  • Keserasian EasyMesh untuk Membentuk Jaringan WiFi Seluruh Rumah yang Lebih Lancar

Untuk menebus baucar masa terhad dan membeli-belah produk dan perkhidmatan TP-Link dalam talian, sila klik ke Kedai Dalam Talian Rasmi TP-Link di Shopee atau Lazada.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.