Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tecno Camon 30 Premier 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 8200 Ultra dan sistem kamera PolarAce

Tecno telah memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2023 dengan pelancaran beberapa model kelas entry-level namun tahun ini, syarikat ini mempunyai strategi yang lebih agresif dengan pelancaran peranti yang lebih premium seperti Tecno Camon 30 Premier 5G.

Tecno Camon 30 Premier tampil dengan skrin paparan LTPO OLED 120Hz berukuran 6.77-inci, cip Dimensity 8200 Ultra, 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Selain itu, Camon 30 Premier juga memiliki sistem pengimejan PolarAce yang mempunyai cip ISP Sony CXD5622GG. Ianya menawarkan ciri AI noise reduction bagi video HDR dan rakaman video 4K Ultra Night Vision.

Selain itu, Camon 30 Premier juga menawarkan Universal Tone, yang merupakan penyelesaian berasaskan AI untuk menghasilkan tona kulit yang tepat manakala mod potrer AIGC membolehkan anda mengubah suai gambar potret dengan menambahkan pakaian formal, baju graduasi dan banyak lagi. AI One Click Eraser juga disertakan untuk membuang objek yang tidak perlu dari imej.

Bercakap mengenai sensor, Ianya tampil dengan tiga sensor 50MP iaitu sensor Sony IMX580 bersama OIS, sensor periskop 70mm dan sensor ultrawide 50MP. Kamera selfie juga adalah sensor 50MP dengan pemfokusan auto.

Dalam pada itu, telefon pintar premium Tecno ini juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 70W, Wi-Fi, IR Blaster, pembesar suara stereo Dolby Atmos, FM Radio dan Android 14.

Tenco Camon 30 Premier 5G akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.