Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tecno Phantom V Flip akan dilancarkan secara rasmi pada 22 September ini

Tecno secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran telefon pintar flip pertama syarikat ini iaitu Tecno Phantom V Flip akan berlangsung pada 22 September ini.

Pelancaran Phantom V Flip ini adalah susulan daripada pelancaran Phantom V Fold di MWC 2023 pada bulan Februari yang lalu.

Menariknya, majlis pelancaran ini akan berlangsung di Singapura dan Tecno juga dilaporkan akan memperkenalkan komputer riba MegaBook T1 2022 14″ namun buat masa ini tiada sebarang maklumat spesifikasi didedahkan secara rasmi.

Walaubagaimanapun, antara spesifikasi Tecno V Flip yang diketahui adalah rekaan cover screen bulat yang juga memiliki dua sensor kamera, skrin paparan lipat berukuran 6.9-inci (FHD+), 8GB RAM, cipset Dimensity 1300 dan sistem operasi Android 13.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.