Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Februari ini

realme telah mengesahkan bahawa realme 12+ 5G dan realme 12 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Februari ini.

realme 12 Pro+ 5G

realme 12 Pro+ 5G telah dilancarkan di pasaran India baru-baru ini dan model yang akan dijual di Malaysia dijangka akan memiliki spesifikasi yang sama.

realme 12 Pro+ 5G akan tampil skrin paparan OLED 120Hz Curved Vision berukuran 6.7-inci dengan kecerahan maksima sehingga 950 nits, cip Snapdragon 7s Gen 2, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Selain itu, realme 12 Pro+ 5G memiliki sensor utama 50MP IMX890 dengan aperture f/1.8, sensor periskop telefoto 64MP dengan 3x zoom optikal dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, realme 12 Pro+ 5G juga disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 67W, rekaan berasaskan jam tangan mewah, realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14 dan sistem penyejukan 3D VC Cooling.

realme 12 Pro+ 5G  akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Submariner Blue dan Navigator Beige.

realme 12+ 5G

realme 12+ 5G masih belum dilancarkan secara rasmi namun berikut adalah beberapa maklumat spesifikasi telefon pintar ini yang diketahui.

realme 12+ 5G dijangka akan hadir dengan skrin paparan 120Hz Smooth AMOLED berukuran 6.67-inci, cip Dimensity 7050, 12GB RAM + 256GB storan dalaman, sensor utama 50MP LYT-900 dengan OIS, sensor ultra-wide 8MP 112° dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, realme 12+ 5G juga akan memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC dan realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 29 Februari ini di realme Brand Store di seluruh negara. Tempah sekarang dengan deposit hanya RM12 dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM799 yang termasuk jam tangan pintar TechLife, TechLife earbuds, dan lanjutan waranti tambahan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.