Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Transsion kini tersenarai sebagai 5 syarikat telefon pintar teratas didunia

Laporan terbaru daripada Canalys telah menunjukkan bahawa telefon pintar global bagi suku kedua tahun ini adalah berjumlah 258.2 juta unit.

Menariknya, Jenama baharu telah berada didalam senarai lima syarikat terbaik iaitu Transsion dengan 9% pegangan pasaran atau 22.7 juta unit.

Transsion adalah syarikat yang terdiri daripada tiga jenama telefon pintar iaitu Infinix, Tecno dan iTel yang semakin popular dipasaran Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika. Ianya juga merupakan saru-satunya jenama untuk mencapai pertumbuhan positif dengan 22%.

Bercakap mengenai kedudukan jenama lain, Samsung mendahului pasaran dengan 21% pegangan pasaran selepas berjaya menjual 53 juta unit diikuti Apple dengan 17% dengan 43 jura unit. Xiaomi melengkapkan senarai tiga syarikat terbaik dengan 13% pegangan pasaran atau 33.2 juta unit pada suku kedua 2023.

Oppo berada ditempat ke-4 dengan 10% pegangan pasaran selepas berjaya menjual 25.2 juta unit telefon pintar.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.