Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tecno Phantom V Flip dilancarkan secara rasmi – harga sekitar RM 2,827

Tecno secara rasminya telefon pintar foldable clamshell pertama syarikat ini iaitu Tecno Phantom V Flip.

Phantom V Flip tampil dengan skrin luar bulat 1.32-inci yang merupakan panel OLED dengan dua sensor kamera dan flash LED pada gelung. Skrin paparan utama telefon pintar ini adalah panel LTPO AMOLED berukuran 6.9-inci.

Panel utama ini merupakan panel yang menawarkan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan sehingga 1,000nits. Cover screen pula menawarkan paparan notifikasi , widget dan juga sebagai viewfinder untuk selfir menggunakan sensor utama.

Selain itu, ianya dijana cip Dimensity 8050 berkelajuan sehingga 3.0GHz, 8GB RAM, storan 256GB dan 8GB tambahan RAM melalui ciri Extended Memory.

Selain itu, Phantom V Flip juga memiliki sensor utama 64MP dengan aperture f/1.7 dan PDAF. terdapat juga sensor ultrawide 13MP dengan pemfokusan auto. Kamera selfie pada paparan utama adalah 32MP.

Beralih kepada bateri, Phantom V Flip tampil dengan bateri 4,000mAh yang terdiri daripada dua sel dan ianya juga menawarkan sokongan pengecasan pantas 45W dan ini memberikan 50% pengecasan didalam masa 15 minit sahaja.

Tecno Phantom V Flip akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Black dan Purple pada harga INR 49,999 (RM 2,827)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.