Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Pad Neo kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 1,199

OPPO Pad Neo kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,199 7

Bersama pelancaran OPPO Reno11 Series 5G, OPPO Malaysia juga telah memperkenalkan tablet OPPO Pad Neo untuk pasaran Malaysia pada harga

OPPO Pad Neo kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,199 8

OPPO Pad Neo hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 11.4-inci dengan resolusi 2.4K+ dan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, OPPO Pad Neo juga dilengkapi 4 pembesar suara Dolby Atmos untuk pengalaman multimedia yang imersif.

OPPO Pad Neo kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 1,199 9

Seterusnya, OPPO Pad Neo juga dilengkapi cip MediaTek Helio G99, 6GB atau 8GB RAM (, storan dalaman  128GB serta antaramuka ColorOS 13.2 yang berasaskan Android 13.

Seterusnya, OPPO Pad Neo juga mempunyai satu kamera belakang 8MP dengan EIS serta satu kamera hadapan 8MP untuk panggilan video atau selfie.

Lebih lanjut, OPPO Pad Neo juga memiliki bateri berkapasiti 8,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC.

OPPO Pad Neo akan ditawarkan pada harga RM 1,199 bagi versi Wi-Fi (6/128GB) dan RM 1,399 bagi versi LTE (8/128GB)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.