Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Enco Air3s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 249

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan TWS flagship terbaru mereka di pasaran Malaysia iaitu OPPO Enco Air3s pada harga RM 249.

Oppo Enco Air3s dilengkapi dengan pemacu diafragma titan komposit 13.4mm untuk menyajikan pengguna dengan bass mendalam, dan kuat. Ianya turut memiliki HiFi 5 DSP dan OPPO Alive Audio

Selain itu, setiap earbuds Enco Air3s ini mempunyai seberat sekitar 3.7g dan penarafan kalis air dan habuk IP54.

Sementara itu, OPPO Enco Air3s juga memastikan pendengaran muzik sehingga 4 jam tanpa memerlukan bekas pengecasan dan sehingga 25 jam dengan bekas pengecasan.

OPPO Enco Air3s juga menyokong kependaman rendah binaural dengan transmisi Bluetooth 5.3

Selain itu, Oppo Enco Air3s juga telah menerima sijil TÜV Rheinland High Performance and Low Latency Certificate

Akhir sekali, OPPO Enco Air3s juga dilengkapi ciri AI Deep Noise Cancellation untuk panggilan yang lancar dan tanpa halangan.

OPPO Enco Air3s kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 249.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.