Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno11 Series 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,899

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar OPPO Reno11 Series 5G di Malaysia pada harga yang lebih kompetitif iaitu dari RM 1,899

Oppo Reno11 5G

Oppo Reno11 5G tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 1080p bersama sensor capjari dalam skrin. Ianya dikuasakan cip Dimensity 7050, 8GB/12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Selain itu, kamera dibelakang Reno 11 5G ini adalah sensor utama 50MP LYT600 yang memiliki aperture f/1.8, pemfokusan auto, sensor potret 32MP dengan 2x zoom manakala sensor ultrawide adalah 8MP dengan 112° FoV. kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, Reno11 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan 67W (0-50% dalam 19 minit sahaja) dan NFC.

Oppo Reno11 Pro 5G

Reno11 Pro 5G pula tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi 2772 x 1240 piksel dengan kecerahan maksima 1,600 nits. Ianya dikuasakan cip 8200, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Selain itu, kamera Reno11 Pro 5G ini adalah sensor utama 50MP IMX890 yang lebih berkuasa bersama OIS, sensor ultrawide adalah 8MP dengan 112° FoV dan sensor 32MP yang turut memiliki OIS dan menawarkan 50x zoom. kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, Oppo Reno11 Pro 5G  juga memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan 80W, NFC dan ColorsOS 14 yang berasaskan Android 14.

Oppo Reno11 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Wave Green dan Rock Grey pada harga RM 1,899 manakala OPPO Reno11 Pro 5G pula akan ditawarkan didalam warna Pearl White dan Rock Grey pada harga RM 2,499.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.