Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Purata kelajuan 5G di Malaysia adalah tiga terbaik dunia – pertama di Asia Tenggara

Menteri Komunikasi & Digital, Fahmi Fadzil telah mengesahkan bahawa data terkini dari Ookla’s Speedtest Intelligence pada suku ke-3 tahun 2023 menunjukkan kelajuan purata 5G di Malaysia adalah 485.25 Mbps.

Ini menjadikan Malaysia di tempat pertama di Asia Tenggara dan ketiga di dunia dari segi purata kelajuan 5G.

Walaubagaimanapun, penerimagunaan 5G di Malaysia masih rendah walaupun liputan 5G telah mencecah 70.2%.

Bagi memberikan pengguna lebih banyak maklumat

dan peluang untuk mencuba rangakaian 5G, pusat pengalaman 5G oleh DNB telah dibuka di Exchange 106 (TRX).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.