Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rangkaian 5G Malaysia terima anugerah ‘Vendor Terbaik Inovasi 5G’ dari Glotel

Rangkaian 5G Malaysia milik Digital Nasional Berhad (DNB) telah meraih pengiktirafan di peringkat global pada anugerah Glotel yang berprestij di London yang memperakui kecemerlangan dan inovasi dalam memajukan dan mentransformasikan telekomunikasi.

Majlis anugerah global tersebut telah berlamgsung di London di mana penyertaan bersama Ericsson dan Digital Nasional Berhad (DNB) telah memenangi kategori ‘Vendor Terbaik Inovasi 5G’ yang diberikan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah membangunkan teknologi atau perkhidmatan 5G baharu terbaik yang bukan sahaja meningkatkan penanda aras 5G malah turut mempamerkan sumbangan yang ketara terhadap kemajuan 5G secara keseluruhan.

Rangkaian 5G DNB merupakan rangkaian komersial pertama di dunia yang menggunakan Pemetakan Sumber Radio Dinamik (DRP) iaitu sebuah penyelesaian Penghirisan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G daripada Ericsson.

Hägerbro turut menjelaskan bahawa penyelesaian tersebut membolehkan kesemua enam operator telekomunikasi yang berkongsi rangkaian DNB untuk menawarkan perkhidmatan 5G tersuai agar mencapai kelajuan terbaik yang memberikan pilihan tanpa kompromi keada pengguna selain memacu nilai rangkaian 5G sebagai sebuah platform inovasi.

Teknologi DRP adalah pelengkap kepada Rangkaian Teras Operator Berbilang (MOCN) yang turut digunakan pada rangkaian 5G DNB yang membolehkan operator berkongsi sumber radio dengan wajar tanpa menjejaskan kualiti pada waktu sibuk dan menawarkan kelainan kepada pengguna masing-masing.

Kemampuan perkongsian aktif tersebut juga bakal memaksimumkan penggunaan spektrum dan seterusnya mendorong kepada kos perkhidmatan 5G yang lebih rendah di negara kita, sekali gus mempercepatkan penerimagunaan dan transformasi digital.

Anugerah Glotel merupakan salah satu contoh komitmen Ericsson dan DNB untuk menyediakan rangkaian 5G bertaraf dunia yang mampu milik kepada rakyat Malaysia di samping pengalaman pengguna bertaraf dunia dan keselamatan yang mempercepatkan transformasi digital selain mewujudkan destinasi menarik untuk pelaburan asing di mana kita memerlukan ketersambungan yang selamat dan utuh dalam operasi dan pembuatan.

Kehadiran 5G bukan sahaja dapat mempertingkatkan gaya hidup digital pengguna dari segi permainan, penstriman, penjagaan kesihatan dan pendidikan, malah memberikan keyakinan kepada perusahaan dalam memperluaskan penggunaannya sebagai contoh, dalam perlombongan, logistik dan pertanian.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.