Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 14 Pro dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan HyperOS

Seperti diumumkan, Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Xiaomi 14 Series yang merupakan telefon pintar pertama dipasaran dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan sistem operasi terbaru syarikat iaitu HyperOS.

Selain itu, Xiaomi 14 Series juga menampilkan rekaan baharu dan sensor kamera Leica.

Xiaomi 14 Pro

Xiaomi 14 Pro menampilkan skrin paparan 12-bit LTPO OLED berukuran 6.73-inci dengan resolusi 1440×3200 dan kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima 3,000nits. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Xiaomi Longjing Glass.

Seterusnya, Xiaomi tampil dengan sensor utama 50MP Light Hunter 900 dengan lenso Leica Summilux. Ianya merupakan sensor  1/1.31″ dengan saiz piksel 1.2 μm dan jarak dinamik 13.5 EV.

Selain itu, sensor 23mm ini juga memiliki aperture boleh ubah antara f/1.42 sehingga f/4.0 dan sensor ini adalah 44% lebih kecil berbanding sensor 1-inci pada Xiaomi 13 Pro namun penyerapan cahaya adalah 80% lebih baik.

Seterusnya, terdapat sensor telefoto 75mm yang berkebolehan mengambil gambar 40MP dan gambar potret 50MP. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide 50MP f/2.2 dengan kebolehan mengambil gambar makro 5cm.

Dalam pada itu, Xiaomi 14 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 yang diperbuat daripada proses 4nm TSMC, 12GB atau 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0 serta bateri berkapasiti 4,880mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Xiaomi 14 Pro akan ditawarkan didalam warna black, white, rock green dan Titanium Special Edition pada harga bermula dari CNY 4,999 (RM 3,263)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.