Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DNB akan beralih kepada model 5G dwirangkaian menjelang tahun 2024

5G Malaysia

Kerajaan telah memutuskan untuk memberi tumpuan kepada mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang akhir tahun 2023 di bawah DNB, diikuti dengan pelaksanaan 5G melalui dwirangkaian, seperti yang diumumkan oleh YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital.

Selain itu, peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian bukan sahaja untuk rakyat, malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G.

Keputusan ini dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif. Model ini turut mengambil kira kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB.

Pengenalan rangkaian kedua dijangka bermula dalam fasa kedua, di mana syarikat telko yang masih belum melancarkan rangkaian 5G akan memainkan peranan yang lebih langsung dalam pelaksanaan 5G negara ini dengan mengambil manfaat kepakaran, sumber daya, dan infrastruktur yang sedia ada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.