Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis bakal menawarkan 5G selepas memeterai perjanjian dengan DNB

Syarikat telekomunikasi Maxis secara rasminya telah menyatakan persetujuan untuk menandatangani perjanjian dengan Digital Nasional Berhad (DNB) bagi membolehkan syarikat ini menerima akses kepada 5G di Malaysia.

Maxis menjadi syarikat telekomunikasi terakhir untuk menyertai DNB kerana tiada sebarang pilihan lain dan keputusan ini dibuat selepas kerajaan mengumumkan rangkaian 5G alternatif hanya akan dibangunkan selepas liputan 5G DNB mencapai 80% yang dijangka akan dicapai menjelang penghujung tahun 2023.

Perjanjian ini membolehkan pengguna Maxis menerima akses 5G yang ditawarkan di Malaysia namun terma didalam kontrak bersama DNB dengan jelas menyatakan bahawa Maxis mempunyai kebebasan untuk menamatkan perjanjian akses ini apabila terdapat penyedia 5G yang lain dan tiada sebarang yuran penamatan awal akan dikenakan.

Pengesahan ini telah dibuat melalui pemfailan terbaru Maxis di Bursa Malaysia oleh RHB Investment Bank bertarikh 14 Julai 2023.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.