Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung mengajak anda menerokai Malaysia dengan Galaxy S23 Series

Samsung Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk ‘Go the S-tra Mile’ dengan Galaxy S23 Series dan mendedahkan khazah tersembunyi di seluruh negara.

Samsung menjemput semua peminat fotografi untuk  menerokai lokasi yang belum diterokai dan rakam detik-detik menakjubkan di seluruh Malaysia dengan kamera berkuasa Galaxy S Series dan temui inovasi kamera epik untuk diri anda mulai hari ini sehingga 15 Oktober 2023.

Terokai Malaysia yang penuh keajaiban alam semulajadi

Mulakan keseronokan visual dengan 6 jurugambar profesional sambil mereka merakam keindahan permata tersembunyi Malaysia dengan Galaxy S23 Ultra.

Dapatkan inspirasi semasa mereka berkongsi pengetahuan mereka tentang merakam momen yang menakjubkan dengan foto 200MP yang jelas dan bertenaga dalam sebarang cahaya, dan alami pesona resolusi 8K, sambil kekal di hadapan dan tengah melalui Mod Potret.

Tontoni perjalanan dan pandangan mereka di sini:

Sertai pertandingan ‘Go the S-Tra Mile’ dan menangi lawatan ke Korea

Ambil gambar dan video keajaiban alam semulajadi di Malaysia dengan mana-mana model Siri Galaxy S untuk menyertai pertandingan ‘Go the S-Tra Mile’ Samsung.

6 peserta dengan penyertaan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang, di mana mereka akan menikmati pengalaman fotografi terbaik di Busan, Korea Selatan!

Nantikan pengumuman pemenang peraduan ini di saluran rasmi Samsung di YouTube, Facebook, Instagram, TikTok dan X pada 30 Oktober 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.