Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan tidak akan mempunyai sensor zoom periskop 10x

Sensor periskop pada telefon pintar flagship Samsung Galaxy S telah ditawarkan selama tiga tahun berturut iaitu sejak Galaxy S21 Ultra sehingga Galaxy S23 Ultra. Walaubagaimanapun, Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan tidak akan disertakan dengan sensor zoom periskop sebaliknya hanya akan disertakan dengan sensor telefoto 3x dan 5x.

Ice Universe mendakwa S24 Ultra akan memiliki satu sensor telefoto 10MP dengan 3x zoom dan satu sensor 50MP 1/2.52″ yang menawarkan 5x zoom optikal. Ini mungkin tidak mencapai kemampuan zoom periskop namun kualiti imej dijangka adalah lebih baik terutamanya dari sensor 50MP.

Selain itu, Galaxy S24 Ultra juga dilaporkan akan menggunakan sensor ISOCELL HP2SX yang turut membawakan pemfokusan auto Super Quad Phase Detection.

Samsung Galaxy S24 Series dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2024.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.