Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V29 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,899

 

Seperti dijadualkan, vivo secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru vivo V Series mereka iaitu vivo V29 5G.

vivo V29 5G  membawakan ciri potret dan kamera setaraf flagship pada harga lebih berpatutan dan ini adalah spesifikasi telefon pintar ini.

vivo V29 5G akan memiliki skrin paparan 3D curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya juga memiliki sokongan HDR10+ dan kepadatan piksel 452ppi.

Selain itu, vivo V29 5G juga hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 778G, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Beralih kepada kamera, telefon pintar ini juga memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766V dengan OIS,  sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP serta lampu flash LED Aura Light yang memberikan anda hasil potrait yang lebih menarik.

Dalam pada itu, kamera selfie yang ditawarkan pada model ini adalah jenis 50MP yang mempunyai pemfokusan auto.

Selain itu, V29 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 80W FlashCharge, antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13, Bluetooth 5.3, sokongan 5G NSA dan SA serta berat 186 gram.

vivo V29 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Starry Purple dan Noble Black pada harga RM 1,899 bagi versi 12/256GB dan RM 2,099 bagi versi 12/512GB.

Selain itu, setiap pembelian vivo V29 5G juga akan menerima 1 tahun perlindungan skrin, 1 tahun tambahan waranti dan 1 unit earbuds white secara percuma.

 

Promosi : Vivo X90 5G boleh dimiliki pada harga serendah RM 3,699 di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.