Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic V2 dijangka akan ditawarkan pada harga yang sama seperti Magic Vs

Honor Magic V2 telah dilancarkan di IFA 2023 beberapa hari lalu namun syarikat ini tidak mengumumkan sebarang tanda harga bagi pasaran global.

Walaubagaimanapun, ketua pegawai eksekutif Honor iaitu George Zhao telah memberikan pengesahan bahawa harga jualan Magic V2 adalah sama seperti harga Magic Vs dipasaran global.

Ini bermaksud harga Honor Magic V2 di Malaysia mungkin bermula sekitar RM 5,999 bagi versi 12/512GB.

Selain itu, Honor Magic V2 merupakan telefon pintar foldable ternipis dipasaran dan ianya dijana cip Snapdragon 8 Gen 2.

Bersama Honor Magic V2, Honor juga telah memperkenalkan telefon pintar konsep yang menerapkan fesyen dengan lebih mendalam iaitu Honor V Purse.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.