Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar konsep Honor V Purse diperkenalkan IFA 2023 – pengganti dompet wanita?

Honor V Purse

Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar foldable konsep syarikat ini iaitu Honor V Purse yang dilancarkan dengan kerjasama jenama fesyen TIMES.

Honor V Purse ini akan memiliki rekaan yang nipis iaitu kurang 9mm dan ianya tampil paparan yang mempunyai lipatan keluar.

Berdasarkan rekaan, telefon pintar konsep ini boleh dikatakan disasarkan kepada golongan wanita sebagai ganti kepada dompet wanita.

Honor V Purse mampu disesuaikan dengan gaya hidup anda. Dengan skrin paparan Always-On tersuai dan tekstur interaktif, ia menukar gaya dengan mudah mengikut kesesuaian.

Selain daripada ini, Honor Magic V Purse juga dilihat akan mempunyai sistem dwi-kamera.

Memandangkan ianya adalah telefon pintar konsep, Honor Magic V Purse masih belum mendedahkan sebarang maklumat spesifikasi dengan lebih mendalam mahupun harga jualan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.