Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A38 kini rasmi dengan cip Helio G80 dan sensor utama 50MP

OPPO secara rasminya telah memperkenalkan OPPO A38 di pasaran negara arab dengan spesifikasi kelas midrange namun hanya dengan sokongan 4G.

OPPO A38 memiliki skrin paparan berukuran LCD 90Hz  berukuran 6.56-inci  dengan resolusi HD+ dan ianya turut memiliki takukan waterdrop yang menempatkan kamera selfie 5MP.

Selain itu, OPPO A38 juga dijana cip MediaTek Helio G80, 4GB RAM ,  storan dalaman 128GB bersama sokongan kad microSD sehingga 1TB dan telah disahkan akan menerima 2.5 tahun kemaksini perisian.

Beralih ke kamera, OPPO A38  tampil dengan satu sensor utama 50MP dan sensor potret 2MP.

Dalam pada itu, OPPO A38 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 33W SUPERVOOC, bicu audio 3.5mm dan Bluetooth 5.3

OPPO A38 ini kini ditawarkan didalam dua warna iaitu Gold dan Black. harga jualan tidak diketahui ketika penulisan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.