Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini menawarkan ciri penghantaran video HD

 

Whatsapp HD Video

WhatsApp kini telah mula menawarkan sokongan penghantaran video HD selepas baru-baru ini telah menawarkan sokongan penghantaran imej beresolusi tinggi.

Penawaran ciri penghantaran video ini adalah secara berperingkat namun ianya disahkan akan ditawarkan kepada pengguna iOS dan Android.

Dengan pilihan penghantaran video HD ini, anda kini boleh berkongsi video pada resolusi 720p yang sebelum ini hanya akan dihantar pada resolusi 480p. Dengan ciri baharu ini, anda boleh menekan ikon HD pada bahagian atas skrin yang akan memberikan anda pilihan untuk menghantar video pada resolusi Standard (480p) atau HD (720p) berserta dengan saiz.

Selain itu, video dan imej HD yang dihantar ini juga akan mempunyai ikon HD pada fail tersebut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.